Monday, 25 May 2009

Apakah Ada Beza Antara Anak Angkat Dan Anak Pelihara?

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga bercita-cita untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Namun, tidak semua pasangan memperoleh apa yang mereka hajatkan. Ada yang terhalang oleh faktor biologi, ada juga yang belum sampai masanya. Namun, naluri terhadap anak ini tetap ada dan kerana itulah ramai pasangan yang beralih kepada anak angkat untuk memenuhi naluri ini.

Di Malaysia, secara umumnya, ada dua cara untuk mendapatkan anak angkat. Pertama, mendapatkan anak tersebut dengan cara sendiri iaitu terus dari ibubapa yang sanggup memberikan anak mereka sebagai anak angkat. Kedua, dengan memohon kepada JKM.

Dari segi JKM, khidmat pengambilan anak angkat ini merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang tiada keluarga dalam keluarga angkat supaya mereka dapat terus menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga. Berdasarkan kepada fungsi JKM itu sendiri, ia mempunyai anak-anak yang boleh dijadikan anak angkat kerana ia menjalankan fungsi penjagaan anak-anak yang terbuang atau teraniaya dan sebagainya. Kanak-kanak ini ditempatkan di rumah kanak-kanak yang di bawah pentadbiran JKM. Terdapat empat rumah kanak-kanak kesemuanya iaitu:-

~Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras
~Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah (Kuantan, Pahang)
~umah Kanak-kanak Taman Bakti di Seberang Perai
~Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar, Perak.


Dalam menjalankan fungsi menempatkan anak angkat kepada keluarga angkat ini, faktor utama yang diambilkira oleh JKM ialah kebajikan anak tersebut. Untuk itu, berbagai maklumat cuba didapatkan dari pasangan yang berminat bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu terpelihara. Justeru, selain mengisi borang, pasangan yang memohon untuk mendapatkan anak angkat ditemuduga bagi penyediaan laporan sosial mereka. Antara maklumat yang cuba diperolehi ialah latar belakang sosial mereka serta kesanggupan mereka menjadi keluarga angkat di samping memenuhi syarat dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 dan Akta Pengangkatan 1952 (untuk bukan Islam) atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (untuk orang Islam).

Di samping mendapatkan maklumat pemohon, pemohon juga dimaklumkan tentang perkara-perkara lain seperti implikasi menjadi keluarga angkat, tugas dan tanggungjawab mereka sebagai keluarga angkat, latar belakang bayi/kanak-kanak di bawah jagaan JKM serta hakikat bahawa pemohon tidak boleh memilih bayi dari paras rupa fizikal tetapi boleh memilih dari segi umur dan jantina.

Semasa menemubual pemohon, pegawai JKM juga cuba membuat penilaian-penilaian berikut tentang para pemohon:
a) Hubungan perkahwinan pemohon adalah kukuh dan bahagia
b) Mereka mampu memberi kasih sayang kepada anak angkat itu nanti
c) Permohonan dibuat dengan ikhlas dan sepenuh hati dan bukannya kerana paksaan atau tekanan mana-mana pihak
d) Kedua-dua pihak (suami dan isteri) setuju dengan permohonan tersebut
e) Mereka faham implikasi dan cabaran menjadi keluarga angkat dan yakin dapat mengatasi masalah tersebut secara keluarga


Bagi menilai sama ada pasangan tersebut layak atau tidak memperolehi anak angkat, kriteria-kriteria berikut digunakan:
a) Pasangan tersebut disahkan tiada kemungkinan melahirkan anak (untuk itu pengesahan perubatan didapatkan dari mereka bagi memastikan yang mereka telah berusaha berbagai cara untuk mendapatkan anak tetapi tidak berhasil).
b) Pasangan tersebut sudah berkahwin selama 5 tahun atau lebih tetapi masih belum mempunyai anak.
c) Pasangan tersebut mampu memberi belaian kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang sempurna.
d) Pasangan tersebut mampu memelihara anak tersebut dari segi ekonomi, kesihatan, sosial, emosi, mental dan lain-lain.
e) Pasangan yang mempunyai anak kandung diberi pertimbangan sekiranya mereka sanggup mengambil kanak-kanak yang sudah besar.

Carta Kuno Cina – Mengetahui Jantina Anak



Bulan persenyawaan vs Umur Ibu

Kesuburan Wanita

MENENTUKAN KESUBURAN WANITA

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Pusingan Haid
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.
Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

Catatan Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

Ujian Darah
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

Thursday, 12 March 2009

Senarai Bidan Negeri Sembilan

Senarai Bidan dan Rawatan Mengurut Selepas Bersalin

disekitar Negeri Sembilan



1. Kak Aida(nama penuh tak tau) no tel: 017-3842644. Jelebu, N.S.

Boleh datang mengurut sekitar seremban.(tengok tempat). Apa2 pertanyaan sila telefon sendiri.

Senarai Bidan Sekitar Kedah

Senarai Bidan dan Rawatan Mengurut Selepas Bersalin Disekitar Kedah

Puan Akmar (Alor Star, Kedah). Tel : 019-4700844 / 016-4273963
(Menyediakan rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Akmar)



Mak Puan Rahmah ( Merbau Pulas, Kedah) Tel : 019-4942322

Senarai Bidan Sekitar Selangor

Senarai Bidan dan Rawatan Mengurut Selepas Bersalin Di Sekitar Selangor

1. Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) . Tel : 03-31687149 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.

2. Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang). Tel : 03-87349281 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah)

3. Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006.(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut)

4. Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 . Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

5. Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449. Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya)

6. Puan Ani ( Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani)

7. Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel : 03-83195090. (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Dia takde transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu)

8. Puan Ramlah (Parit baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel : 03-32137496 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah)

9. Mak Cik Nab ( Taman Melati, Gombak). Tel : 03-41075585 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa).

10. Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel : 012-3166074. Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.
11. Makcik Ramlah, Kuang, Sg Buloh, Selangor. Tel : 017-3763381 / 03-60371204

12. Kak Timah, Bandar Baru Sg Buloh. Tel : 03-61565421

13. Kalsom bte Saat, Lot 2138, Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru, 42200 Meru Klang. Tel : 019-3636657. (rawatan mgurut selepas bersalin n pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara jawa. Untuk khidmat lain yg bkaitan,sila tanya mak som

14. HUZAIMAH MOHAMAD. Tel : 014-3286478 - No.43, Lorong Tepi Sungai 3, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor

Sunday, 1 March 2009

Khasiat Buah Kurma



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :



Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :



Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.