Monday, 25 May 2009

Apakah Ada Beza Antara Anak Angkat Dan Anak Pelihara?

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga bercita-cita untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Namun, tidak semua pasangan memperoleh apa yang mereka hajatkan. Ada yang terhalang oleh faktor biologi, ada juga yang belum sampai masanya. Namun, naluri terhadap anak ini tetap ada dan kerana itulah ramai pasangan yang beralih kepada anak angkat untuk memenuhi naluri ini.

Di Malaysia, secara umumnya, ada dua cara untuk mendapatkan anak angkat. Pertama, mendapatkan anak tersebut dengan cara sendiri iaitu terus dari ibubapa yang sanggup memberikan anak mereka sebagai anak angkat. Kedua, dengan memohon kepada JKM.

Dari segi JKM, khidmat pengambilan anak angkat ini merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang tiada keluarga dalam keluarga angkat supaya mereka dapat terus menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga. Berdasarkan kepada fungsi JKM itu sendiri, ia mempunyai anak-anak yang boleh dijadikan anak angkat kerana ia menjalankan fungsi penjagaan anak-anak yang terbuang atau teraniaya dan sebagainya. Kanak-kanak ini ditempatkan di rumah kanak-kanak yang di bawah pentadbiran JKM. Terdapat empat rumah kanak-kanak kesemuanya iaitu:-

~Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras
~Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah (Kuantan, Pahang)
~umah Kanak-kanak Taman Bakti di Seberang Perai
~Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar, Perak.


Dalam menjalankan fungsi menempatkan anak angkat kepada keluarga angkat ini, faktor utama yang diambilkira oleh JKM ialah kebajikan anak tersebut. Untuk itu, berbagai maklumat cuba didapatkan dari pasangan yang berminat bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu terpelihara. Justeru, selain mengisi borang, pasangan yang memohon untuk mendapatkan anak angkat ditemuduga bagi penyediaan laporan sosial mereka. Antara maklumat yang cuba diperolehi ialah latar belakang sosial mereka serta kesanggupan mereka menjadi keluarga angkat di samping memenuhi syarat dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 dan Akta Pengangkatan 1952 (untuk bukan Islam) atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (untuk orang Islam).

Di samping mendapatkan maklumat pemohon, pemohon juga dimaklumkan tentang perkara-perkara lain seperti implikasi menjadi keluarga angkat, tugas dan tanggungjawab mereka sebagai keluarga angkat, latar belakang bayi/kanak-kanak di bawah jagaan JKM serta hakikat bahawa pemohon tidak boleh memilih bayi dari paras rupa fizikal tetapi boleh memilih dari segi umur dan jantina.

Semasa menemubual pemohon, pegawai JKM juga cuba membuat penilaian-penilaian berikut tentang para pemohon:
a) Hubungan perkahwinan pemohon adalah kukuh dan bahagia
b) Mereka mampu memberi kasih sayang kepada anak angkat itu nanti
c) Permohonan dibuat dengan ikhlas dan sepenuh hati dan bukannya kerana paksaan atau tekanan mana-mana pihak
d) Kedua-dua pihak (suami dan isteri) setuju dengan permohonan tersebut
e) Mereka faham implikasi dan cabaran menjadi keluarga angkat dan yakin dapat mengatasi masalah tersebut secara keluarga


Bagi menilai sama ada pasangan tersebut layak atau tidak memperolehi anak angkat, kriteria-kriteria berikut digunakan:
a) Pasangan tersebut disahkan tiada kemungkinan melahirkan anak (untuk itu pengesahan perubatan didapatkan dari mereka bagi memastikan yang mereka telah berusaha berbagai cara untuk mendapatkan anak tetapi tidak berhasil).
b) Pasangan tersebut sudah berkahwin selama 5 tahun atau lebih tetapi masih belum mempunyai anak.
c) Pasangan tersebut mampu memberi belaian kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang sempurna.
d) Pasangan tersebut mampu memelihara anak tersebut dari segi ekonomi, kesihatan, sosial, emosi, mental dan lain-lain.
e) Pasangan yang mempunyai anak kandung diberi pertimbangan sekiranya mereka sanggup mengambil kanak-kanak yang sudah besar.

Carta Kuno Cina – Mengetahui Jantina Anak



Bulan persenyawaan vs Umur Ibu

Kesuburan Wanita

MENENTUKAN KESUBURAN WANITA

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Pusingan Haid
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.
Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).

Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

Catatan Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.

Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

Ujian Darah
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.